Mengenai RPEL

Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) adalah suatu proses mengenalpasti pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anda yang telah diperolehi melalui pengalaman kerja atau kehidupan, baik secara formal atau tidak formal.

Kemahiran anda akan dinilai terhadap piawaian pekerjaan kebangsaan. Ini akan dijalankan oleh seorang penilai RPEL. Anda mungkin akan diminta untuk:

  • Membekalkan sijil latihan
  • Menjawab soal selidik
  • Menyediakan dokumen tempat kerja
  • Menjalankan tugasan praktikal
  • Mengemukakan rujukan

Penilai-penilai kami mempunyai beberapa cara untuk mengumpul bukti bagi memenuhi keperluan penilaian. Di samping mengemukakan bukti-bukti biasa RPEL, kami juga boleh menyediakan temuduga, kajian kes dan sebagainya.

Terdapat pelbagai cara, yang mana penilai anda akan membimbing anda berdasarkan keperluan individu.

Apa Itu RPEL?

Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) adalah suatu proses mengenalpasti kemahiran, pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dan menukarnya kepada suatu kelayakan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Tahukah anda bahawa kebanyakaan dokumen yang anda hasilkan di tempat kerja anda adalah pada asasnya sama dengan tugasan yang diberi di kolej? Secara amnya, apa yang anda belajar dan buat di tempat kerja anda meliputi sebahagian besar daripada proses pembelajaran untuk mendapatkan kelayakan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman, anda berhak memperolehi pengiktirafan.

Menjimatkan Kos

RPEL adalah cara paling murah untuk mendapatkan kelayakan dengan pengiktirafan kebangsaan.

Menjimatkan Masa

RPEL boleh diselesaikan dalam tempoh seawal 2 bulan tanpa proses pembelajaran dan peperiksaan yang berpanjangan.

Menjimatkan Usaha

RPEL menyingkirkan keperluan menghadiri kelas untuk mempelajari sesuatu yang telahpun anda ketahui.

1. Penilaian Pra-Kelayakan

  • Gunakan borang Hubungi Kami dan berikan butiran mengenai diri dan pengalaman kerja anda.
  • Wakil kami akan menghubungi anda dan membimbing anda melalui proses pendaftaran.

2. Analisa Kecekapan

  • Permohonan anda akan dinilai oleh jawatankuasa dalaman dan luaran.
  • Anda mungkin perlu menjalani latihan sekiranya terdapat jurang dalam tahap kecekapan anda.

3. Pembangunan Portfolio

  • Anda boleh mula mengumpul bukti-bukti pengalaman kerja sebaik selepas pendaftaran.
  • Seorang penilai akan dilantik untuk membimbing anda melalui keseluruhan proses ini.

4. Penilaian Portfolio

  • Portfolio anda akan dinilai oleh jawatankuasa dalaman dan luaran.

5. Pengiktirafan oleh NCFE

  • Anda kini boleh dianugerahi dengan Diploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan.

Senarai bukti berikut adalah panduan untuk anda bersedia. Anda tidak perlu mengemukakan atau menyediakan kesemua bukti yang tersenarai. Penilai anda akan membantu anda memilih bukti-bukti yang berkaitan.

Bukti Langsung
  • Contoh tugasan atau kerja
  • Penyampaian kemahiran
  • Dokumen yang anda hasilkan
  • Pemerhatian di tempat kerja
  • Laporan pihak ketiga
Bukti Tidak Langsung
  • Resume atau CV
  • Huraian senarai tugas
  • Anugerah industri
  • Minit mesyuarat
  • Belanjawan
  • Lembaran masa
Bukti Sejarah
  • Rujukan bekas majikan
  • Sijil dan kelayakan
  • Surat sokongan
  • Tugasan daripada kursus yang lepas
  • Rekod prestasi

Sekiranya anda tidak berjaya memenuhi keperluan program RPEL, kami akan mengesyorkan latihan tambahan untuk mengisi jurang antara bukti-bukti yang anda kemukakan dan kriteria kecekapan yang diperlukan.

Pengesyoran ini akan disampaikan kepada pelajar sebelum program bermula.

Siapakah yang boleh memohon untuk menyertai program ini?

Sesiapa sahaja yang masih berkerja dengan minima 3 tahun pengalaman penyeliaan. Isilah Borang Hubungi Kami sekiranya anda tidak pasti mengenai kelayakan kemasukan.

Berapa lamakah tempoh program ini?

Biasanya proses ini akan mengambil masa 1 – 2 bulan, bergantung kepada betapa cepat anda dan penilai anda boleh menyediakan portfolio bukti.

Berapakah kos program ini?

Kos Program RPEL adalah RM5,000, tanpa latihan jurang tambahan.

Kos Program RPEL adalah RM6,000, dengan latihan jurang tambahan.

Apakah pilihan pembiayaan yang boleh didapati?

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Mengapakah kos RPEL lebih rendah berbanding belajar?

Ini adalah penilaian terhadap perkara-perkara yang telahpun anda pelajari di tempat kerja anda. Oleh itu, tidak ada pembaziran wang mempelajari mata pelajaran yang sudahpun anda fahami.

Siapakah yang akan menganugerahkan Diploma?

Northern Council for Further Education (NCFE) akan menganugerahkan Diploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan Tahap 4.

Adakah Diploma ini diiktiraf di Malaysia?

Diploma ini telah disahkan dan diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Adakah Diploma ini diiktiraf di luar Malaysia?

Diploma ini diiktiraf di luar negara. NCFE adalah satu badan penganugerahan yang diiktiraf di bawah Ofqual, satu jabatan pengawalseliaan kelayakan, penilaian dan pemeriksaan di UK.

Apakah jalur laluan yang tersedia untuk melanjutkan pelajaran?

Anda berkelayakan untuk mengikuti kursus Tahap 5 di kolej kerjasama kami atau berpeluang untuk memasuki Universiti (tertakluk kepada kriteria lain yang perlu dipenuhi).

Lengkapkan Butir-butir Anda

Lengkapkan butir-butir anda di bawah dan wakil kami akan menghubungi anda. Terima kasih.